Isnin, 18 Februari 2013

Selamat Datang ke UNIMAS


Pada 16 Februari 2013, seramai 150 pelajar UNIMAS melafazkan ikrar dalam Majlis Ikrar Pelajar sempena Minggu Aluan Pelajar (MAP) Ambilan Februari 2012/2013. IKRAM SISWA mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar, Liaison Officer  dan individu-individu yang menjayakan MAP kali ini. Pihak IKRAM SISWA juga mengalu-alukan kehadiran pelajar baru yang kini bergelar mahasiswa-mahasiswi UNIMAS. 


Jumaat, 15 Februari 2013

SAY NO TO VALENTINE'S DAY


Bulan Februari atau bulan cinta ini seringkali ditunggu-tunggu oleh kebanyakan muda-mudi masa kini. Bulan yang dikatakan bulan istimewa kerana mereka bakal menyambut Hari ‘kasih sayang’ atau Valentine’s Day pada 14 Februari setiap tahun. Perayaan yang dirayakan oleh orang-orang Barat kini amat popular dalam kalangan remaja dan belia di seluruh dunia termasuk belia muslim Malaysia.



SEJARAH HARI VALENTINE
Apa yang membuatkan Valentine’s Day itu sangat “istimewa”? Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Ada beberapa pendapat tentang asal-usul Hari Valentine. 
  • Pendapat pertama ialah perkataan Valentine berasal dari nama seorang paderi iaitu St. Valentine yang kononnya sangat berjasa bagi kerajaan Sepanyol. Antara jasa paderi ini ialah menumbangkan kerajaan Islam di Cordova pada 14 Februari 270 M. hal ini sangat bermakna buat Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya. Oleh itu, 14 Februari disambut oleh rakyat Cordova bagi meraikan hari kemenangan tersebut.
  • Pendapat kedua ialah pada tarikh yang sama, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
  • Pendapat ketiga pula ialah Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Dalam laman web Catholic Encyclopedia pihak Kristian memberi pengiktirafan bahawa bagi apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Hal ini sangat bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah umat Islam.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH
Cuba tanya diri kita sendiri, adakah kita patut mencontohi amalan dan sambutan agama lain? Adakah hari untuk berkasih sayang cuma perlu disambut pada satu hari tertentu sahaja?
 Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Berdasarkan ayat di atas tahuialah mengetahui fungsi dan kelebihan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan bukan sekadar cukup melihat dan mendengar tetapi memahami isi sebenar sesuatu.
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah HARAM dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
MENGAPA HARI KEKASIH PERLU DISAMBUT?

Adakah dengan menyambut Valentine’s Day maka terbukti kita menyintai dan menyayangi seseorang? Istilah I LOVE YOU cuma relevan untuk pasangan kekasih sahaja? Kita sudah sedia maklum dan faham tiada istilah ‘couple’ dalam Islam. Jadi kenapa sambutan ini masih disambut oleh belia Muslim? Adakah cinta dan kasih sayang itu hanya perlu diluahkan dan dizahirkan kepada insan bukan muhrim bergelar ‘kekasih’ yang jelas hukumnya HARAM. Bagaimana dengan kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya? Kasih sayang sesama Islam? Kasih sayang kita dengan alam sekitar dan binatang?
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).’ Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada pelindung dan penolong dari Allah.” (Surah Al-Baqarah:120)



ERTI CINTA

Perasaan cinta itu fitrah bagi setiap individu. Namun, cara untuk melahirkan rasa cinta bukanlah dengan menyambut Valentine’s Day bersama kekasih untuk satu hari sahaja. Islam sendiri menggalakkan umatNya berkasih sayang dan saling membantu sesama makhluk. Tunjukkanlah rasa cinta kita kepada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat-sahabat, jiran tetangga, saudara non-Muslim dan alam sekeliling.

Rasululullah S.A.W bersabda: “Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia menyintai diri sendiri.”

Cinta yang sebenar perlu diungkapkan kepada pencipta kita, Allah S.W.T dan junjungan Rasulullah S.A.W. Bahkan rasa cinta itu sendiri datang dari sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah S.W.T. Cinta yang suci bukan untuk sehari dan dipadu dengan hawa nafsu semata-mata. Kasih sayang dalam Islam lebih luas dari apa yang ada di Bumi. Sebagai hambaNya kita hendaklah bersyukur dan menghargai nikmat-nikmat yang telah Allah sediakan kepada kita.

Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Kasih sayang dan cinta ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W kepada kita lebih besar dan tidak ternilai harganya berbanding cinta manusia lebih-lebih lagi cinta yang palsu oleh golongan yang menolak Islam.
Allah yang Maha Pencipta tetap mengasihi hamba-Nya tanpa perlu sebab atau balasan. Malah Allah tetap melimpahi nikmat walau dibalas dengan kemungkaran. Di sinilah beza kasih kita berbanding sifat Maha Pengasih Pencipta.


Ahad, 3 Februari 2013

SYRIA, KAMI BERSAMAMU





PERISTIWA SYRIA
     
     Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

     Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA 


     Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.



PUNCA KEBANGKITAN ADALAH 


     Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1- Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.


2- 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.


3- Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.


4- Seramai 9000 tahanan ditahan. 


5- 413 orang telah syahid di dalam penjara.


6- Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu. 


7- Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.


8- Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.


9- Menyuruh tukar Laa Ilaha Illa ALLAH kepada Laa Ilaha Illah Basyar Asad.


10- Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA.

     Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut; 


"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.



PERKARA TERBARU.

1- Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2- Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah. 

3- Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4- 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2- Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3- Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4- Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5- Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali RA; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;

"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. 

     Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bangkit & faham akan isu Syria dan Palestin. Kita hendaklah sentiasa mendoakan saudara kita di Syria, menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan serta menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.